Sumber Sejarah Kelantan

Buku sebenar yang dipercayai mempunyai Sejarah Kelantan ini ditulis menggunakan tulisan Jawi Lama dikatakan ada tujuh naskhah. Buku ini dipercayai ditulis oleh penulis DiRaja pada zaman pemerintahan Baginda Long Gaffar bagi menceritakan tentang salasilah keturunan Raja-Raja yang berasal dari Pagar Ruyung dan kebesaran kerajaan baginda.[nyatakan menurut siapa?] Berikut adalah maklumat terakhir tentang buku-buku berkenaan:-

  1. Salah satu daripadanya dibeli di Kemaman oleh Haji Yaakob dan dijual kepada saudaranya iaitu Haji Abdul Razak Antik. Beliau kemudiannya menjual kepada Muzium Negara, tetapi sebahagian daripada muka surat iaitu muka surat 1 – 20 yang menceritakan kisah sebenar sejarah Kelantan telah dikoyakkan oleh pihak-pihak tertentu.
  2. Naskah berikutnya dimiliki oleh Tengku Ismara yang kemudiannya diserahkan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  3. Naskah ketiga dimiliki oleh Haji Zahari antik kemudiannya menjualkannya kepada dua pensyarah universiti berbangsa Inggeris dan India pada tahun 1974 dengan harga RM700.
  4. Naskah yang selebihnya dipercayai masih ada di dalam simpanan pihak-pihak tertentu, di antaranya ialah Tengku Abullah Tengku Seriwa Raja dan pihak Istana Kelantan.